//Natassya Nazri ♥
Hujan Meteor Di Ruang Angkasa Malaysia Pada Malam Tarikh 12 & 13 Ogos 2013
Monday 12 August 2013 | 09:37 | 0 blue(s)
Hujan meteor di ruang angkasa Malaysia pada malam tarikh 12 dan 13 Ogos 2013
Orang ramai berpeluang untuk menyaksikan pancuran meteor Perseid dari  buruj Perseus pada malam 12 dan 13 Ogos ini demikian menurut laporan yang disiarkan oleh media
gambar hujan meteor di malaysia 2013 hujan meteor di malaysia malam 12 dan 13 ogos 2013

Berhubung laporan itu , fenomena yang dikenali sebagai pancuran meteor Perseid daripada buruj Perseus dijangka dapat dilihat di ruang angkasa negara ini malam Isnin sehingga subuh pada Selasa
Mengenai perkara tersebut, Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa, Agensi Angkasa Negara (Angkasa) Mhd Fairos Asillam berkata, pancuran meteor Perseid antara paling menarik kerana cahayanya terang dan boleh dilihat dengan mata kasar di kawasan lapang
Pancuran meteor berlaku apabila bumi melintasi laluan komet dan menyebabkan debu-debu komet ini terbakar apabila memasuki atmosfera bumi
Bagi pancuran meteor Perseid, ia berlaku kerana bumi melintasi laluan komet Swift-Tuttle yang mempunyai diameter nukleus lebih kurang 26 kilometer
Beliau berkata, apabila komet itu semakin menghampiri matahari, ia juga turut melintasi orbit bumi dan meninggalkan debu-debu komet sepanjang perjalanannya
Debu-debu inilah yang akan memasuki atmosfera bumi dan menghasilkan pancuran meteor yang dapat dilihat dengan mata kasar
Turut dimaklumkan waktu terbaik menyaksikan hujan meteor itu ialah selepas bulan terbenam bermula 11 malam

Tips untuk menyaksikan fenomena ini dengan lebih jelas
  • Jauhi daripada bandar
  • Jauhkan diri dari Pencemaran cahaya yang tinggi di bandar
  • Pandang ke arah timur laut dan pandang separuh ke atas langit

Love ♥
Tuesday 16 July 2013 | 02:22 | 0 blue(s)










Monday 15 July 2013 | 10:40 | 0 blue(s)


Tahukah Kamu Kecantikan Itu Bagaimana ? ♥
| 10:38 | 0 blue(s)
Tidak Cantik = Rendah diri dan jarang disukai orang.
Cantik =  Berkeyakinan, terkenal dan disukai banyak orang
Itulah sekelumit formula yang ada dalam fikiran wanita. Sebuah formula yang  simple namun amat berbahaya. Dari manakah asal muasal formula  ini? Mungkin dari media mahupun pandangan masyarakat yang telah diracuni bahawa, kecantikan hanya terbatas pada luaran sahaja.  Yang cantik adalah yang berkulit putih, tinggi, hidung mancung, bibir merah dan sebagainya.
Akibatnya banyak kaum hawa yang ingin kelihatan cantik seperti yang digambarkan. Mereka tergoda untuk membeli kosmetik yang dapat mewujudkan mimpi-mimpi. Mereka lalai tentang syariat yang telah mengatur batasan-batasan untuk tampil cantik.
Mereka ingin kelihatan secantik model dan bintang filem. Perkataan cantik telah disalah erti sedemikian rupa oleh media, sehingga menukarkan hakikat cantik yang sebenarnya. Mereka sibuk mencalit bedak pada kulit tanpa peduli pada hati mereka yang kian gersang.
Tujuannya ?
Jelas, untuk menambah deretan peminat dan agar lebih mudah mencari pasangan hidup. Alangkah naifnya. Fakta menunjukkan perkahwinan yang berjaya adalah bukan dari wanita yang cantik tetapi, dan kebanyakkan perkahwinan yang berakhir ditengah jalan adalah dari wanita-wanita yang cantik. Jadi, kaitan antara cantik dan kejayaan hidup!
Orang yang berjaya dalam perkahwinan, walaupun tidak cantik tetapi keperibadiannya amat menyenangkan. Mereka tidak hanya fokus pada luaran sahaja tetapi mereka lebih peduli pada ‘recovery’ iman yang nampak jelas dalam sikap dan prinsip hidup mereka, kukuh tidak goyah. Pun, jika ada yang berwajah elok, mereka  menutupinya  supaya kecantikannya tidak menjadi fitnah  dan hanya dipersembahkan untuk  suami sahaja
prinsip hidup mereka, bersyukur pada apa yang telah Allah berikan tanpa meminta lebih lagi. Ridha dengan bentuk tubuh dan wajah yang dianugerahkan Allah. Kerana inilah bentuk terbaik menurut-Nya, bukan menurut  fikiran dangkal kita. Kalau kita boleh memilih, mempunyai wajah dan keperibadian yang cantik itu memang lebih baik, tetapi tidak semua orang dianugerahkan  seperti itu. Itulah maha keadilan Allah, ada kelebihan dan kekurangan pada diri setiap orang.
Dan satu perkara yang pasti, Tingkahlaku seseorang itu mencerminkan pemahaman mereka. Jika kita rajin menuntut ilmu agama, insyaallah gerak-geri kita sesuai dengan ilmu yang kita miliki. Begitu juga yang terjadi pada wanita-wanita yang terpaku pada kecantikan fizik semata-mata.
“Siapa yang Allah kehendaki kebaikan baginya, Allah akan fahamkan ia dalam agamanya”(Sahih, Muttafaqun ‘alaihi).
Hadist diatas dijelaskan oleh Syaikh Ibnu Baz bahwa ia menunjukkan keutamaan ilmu. Jika Allah menginginkan seorang hamba memperoleh kebaikan, Allah akan memahamkan agamaNya sehingga dia dapat mengetahui mana yang benar dan mana yang batil, mana petunjuk mana kesesatan. Dengannya pula dia dapat mengenal Rabbnya dengan nama dan sifat-sifatNya serta tahu keagungan hakNya.
Apalah gunanya cantik tetapi hati tidak tenteram. Cantik tetapi dilaknat oleh Allah dan rasulNya. Kecantikan fizikal tidak akan bertahan lama, ia hanya palsu sahaja.
Ada yang lebih cantik dihadapan Allah, Rabb semesta alam, iaitu kecantikan hati yang  akan nampak pada mulianya akhlak. Banyakkan muhasabah, kenali apa-apa yang masih kurang dan lekas diperbaiki.
Faham Syari’at = CANTIK
Tidak Faham Syari’at = Tidak CANTIK sama sekali!
Bagaimana ? setuju ?
“Sesungguhnya Allah tidak melihat luaran kalian dan rupa kalian akan tetapi Allah melihat hati  kalian” – (HR.Muslim)

Banyak lebah mendatangi bunga yang kurang harum
Kerana banyaknya madu yang dimiliki bunga
Tidak sedikit lebah meninggalkan bunga yang harum kerana sedikitnya madu

Banyak lelaki tampan yang tertarik dan terpesona oleh wanita yang kurang cantik
Kerana memiliki hati yang cantik
Dan tidak sedikit pula wanita cantik ditinggalkan lelaki kerana keburukan hatinya

Karena kecantikan yang sejati bukanlah cantiknya wajah tetapi apa yang ada didalam dada 
Maka percantiklah hatimu agar dicintai dan dirindukan semua orang.


Bisakah Jatuh Cinta Lagi ? ♥
| 10:36 | 0 blue(s)
Sempat patah hati dan dikecewakan , Anda mungkin akan bertanya , bisakah jatuh cinta lagi ? 
Jawabannya tentu bisa . Sekalipun patah hati dan kecewa berulang-ulang , namun seseorang sangat mungkin untuk jatuh cinta kesekian kalinya . Untuk itu , buang pikiran negatif Anda , yang mengatakan bahwa Anda tak mungkin jatuh cinta lagi . Kerana jatuh cinta itu sangat mungkin . 

Tapi bila bisa jatuh cinta lagi ? 

Cinta datang saat Anda siap
Selagi Anda masih sering menangis kaeananya , menulis bagaimana perasaan Anda terhadapnya di status Facebook mahupun Twitter , maka Anda tak akan mendapat cinta yang baru . Anda harus MOVE ON ! Dahulu Anda pernah hidup tanpanya , demikian pula sekarang saat ia pergi , Anda harus bisa hidup sendiri lagi . Mempersiapkan diri dan merawat diri saat cinta yang lain datang . 

Tenang , Anda tidak bersendiri
Bila Anda merasa sendiri dan kesepian , lihatlah sekeliling Anda . Bukan . Bukan pada mereka yang sudah punya pasangan, tetapi mereka yang juga sama singlenya dengan Anda. Banyak yang juga berada di posisi yang sama dengan Anda , single . Dan hal tersebut bukanlah hal yang buruk . Kerana Anda sedang diberi waktu untuk mencari yang terbaik . Sehingga jangan pernah merasa sendiri , dan kesepian . 

Manfaatkan waktu sebaik mungkin
Tentunya Anda tak bisa terus-terusan galau dan menangis setiap hari di dalam bilik . 

Bangkit dan lakukan kegiatan-kegiatan yang positif. Ubah penampilan, ubah penataan bilik Anda, ikut kursus yang menambah pengetahuan , dan bergabunglah dengan komunitas baru untuk menambah rakan . 

Tidak gunanya Anda menangis sampai membuat mata bengkak , si dia tak akan kembali , dan keadaan akan semakin memburuk . 

Ingat , cinta datang dari mata ke hati
Untuk itulah Anda harus selalu menjaga penampilan Anda. Bukan malah membiarkannya acak-acakan dan menunjukkan Anda sedang patah hati. Tak ada salahnya berdandan serta pergi ke gym untuk mengupgrade penampilan Anda. Jangan lupa konsultasikan penataan rambut pada hairstylist Anda. 

Tak perlu terbeban usia , dan waktu
Kebanyakan mereka yang merasa single itu berat adalah mereka yang terbeban usia dan waktu. Ingatlah , bahwa jodoh bisa datang kapan saja, sekalipun tak ada yang tahu pasti di usia berapa, selama Anda siap Anda akan segera menemukannya . 

Lupakan berapa usia Anda saat ini . Tahun berapa Anda harus menikah serta tanggal-tanggal manis yang diambil orang lain untuk menikah . Menikah bukanlah suatu deadline yang harus dipenuhi , tetapi menemukan seseorang yang klik dan membuat Anda nyaman . 

Jadi , bebaskan diri Anda dari tekanan yang mengganggu pikiran . Lepaslah dari kekecewaan dan masa lalu dan bersiaplah menyambut cinta yang baru .
Jangan Sakiti Aku Dengan Marahmu ! ♥
| 10:28 | 0 blue(s)
Semua orang pasti pernah marah. Kerana marah merupakan sifat semulajadi yang dimiliki oleh semua manusia. Bohong besar jika ada orang di dunia ini yang mengatakan dirinya tidak pernah marah.
Secara amnya,  manusia diciptakan sebagai makhluk sosial yang sentiasa berinteraksi dengan manusia lain. Maka tidak hairanlah jika terjadinya perselisihan faham yang boleh memicu kejengkelan dan kemarahan. Hal ini adalah perkara biasa dalam kehidupan rumah tangga , perselisihan suami isteri seringkali tak dapat dihindari .
Dalam hubungan suami-isteri, kemarahan suami memang  lebih dahsyat kesannya dalam kehidupan rumah tangga. Dan ketidakstabilan emosi seorang suami yang akhirnya menimbulkan kekerasan fizikal yang meretakkan ketenteraman hati semua anggota keluarga.
Hati isteri pun terguris  tatkala bentakan dan kemarahan suami menjadi ‘ Menu Harian ’ yang dipamerkan suaminya kepadanya . Suami atau isteri harus boleh mengawal amarahnya , agar ketenteraman keluarga  terjaga .
Umar bin Khatab pernah berkata di dalam khutbahnya,
“Orang yang beruntung di antara kalian adalah orang yang terjaga dari ketamakan, hawa nafsu, dan amarah.” Bagaimana bila dia terlanjur marah? Hendaklah dia segera sedar, dan berusaha mengekang dirinya agar kemarahannya tidak terus berlanjutan.
Segera minta maaf merupakan langkah tepat untuk meredam suasana, agar kemarahan tidak membengkak dengan sederet efek negatif yang mengancam keutuhan keluarga. Bila suami yang khilaf terbelenggu oleh nafsu amarah, segeralah meminta maaf kepada isteri. Isteri juga harus berlapang dada untuk memaafkan suami.
Semoga amarah yang disesali dan maaf akan menjadi pembersih dosa orang yang dimarahinya. Menahan amarah tatkala emosi kita mulai meninggi merupakan perkara yang lebih mulia.
Rasulullah  bersabda,
“Barangsiapa menahan amarah sedang dia mampu melakukannya, Allah akan memanggilnya di hadapan makhlukNya hingga membuatnya memilih bidadari mana sahaja yang dikehendakinya untuk dinikahinya.”
( Hadis sahih , disahihkan oleh Al-Albani di dalam Sahihul Jami ’ , no. 3518 )
Marah Yang Berkualiti
Marah dikelaskan kepada dua. Pertama, marah yang terpuji, yakni bila dilakukan dalam rangka membela diri, kehormatan, harta, agama, hak-hak umum atau menolong orang yang dizalimi. Kedua, marah yang tercela, yakni marah sebagai tindakan balas dendam demi dirinya sendiri.
Dalam kehidupan berkeluarga, seorang isteri akan boleh lebih boleh menerima kemarahan suami, apabila suaminya marah dengan landasan keagamaan yang kental. Suami marah kerana ingin membela prinsip agama yang mungkin dilalaikan oleh isterinya. Inilah marah yang berbaloi, marah yang berkualiti.
Suami marah tidak semata-mata kerana perkara-perkara yang bersifat keduniaan, atau hal-hal remeh yang tidak memiliki berkaitan. Suami marah kerana didasari alasan yang bersifat syar’ie, walaupun itu harus tetapi hendaklah tidak berlebihan.
Marah seperti inilah yang pernah dilakukan Rasulullah dalam hidupnya. Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud a bahawa dia berkata,
“Kami pernah bersama Rasulullah  melewati sebuah sarang semut yang telah dibakar. Nabi  marah dan bersabda, ‘Sesungguhnya tidak patut bagi manusia untuk menyiksa dengan siksaan Allah’.” ~ (HR. Ahmad dan Nasa’i )
Semoga marah seperti ini yang akan mendatangkan rahmat Ilahi. Dengan syarat, asalkan ia masih dalam batas kewajaran, tidak berlebihan, dan tidak berterus-terusan. Walaubagaimana pun, harus diakui bahawa menahan amarah itu jauh lebih mulia dan lebih menenteramkan jiwa.
Cinta Datang Lagi ♥
| 10:26 | 0 blue(s)