//Natassya Nazri ♥
Hujan Meteor Di Ruang Angkasa Malaysia Pada Malam Tarikh 12 & 13 Ogos 2013
Monday 12 August 2013 | 09:37 | 0 blue(s)
Hujan meteor di ruang angkasa Malaysia pada malam tarikh 12 dan 13 Ogos 2013
Orang ramai berpeluang untuk menyaksikan pancuran meteor Perseid dari  buruj Perseus pada malam 12 dan 13 Ogos ini demikian menurut laporan yang disiarkan oleh media
gambar hujan meteor di malaysia 2013 hujan meteor di malaysia malam 12 dan 13 ogos 2013

Berhubung laporan itu , fenomena yang dikenali sebagai pancuran meteor Perseid daripada buruj Perseus dijangka dapat dilihat di ruang angkasa negara ini malam Isnin sehingga subuh pada Selasa
Mengenai perkara tersebut, Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa, Agensi Angkasa Negara (Angkasa) Mhd Fairos Asillam berkata, pancuran meteor Perseid antara paling menarik kerana cahayanya terang dan boleh dilihat dengan mata kasar di kawasan lapang
Pancuran meteor berlaku apabila bumi melintasi laluan komet dan menyebabkan debu-debu komet ini terbakar apabila memasuki atmosfera bumi
Bagi pancuran meteor Perseid, ia berlaku kerana bumi melintasi laluan komet Swift-Tuttle yang mempunyai diameter nukleus lebih kurang 26 kilometer
Beliau berkata, apabila komet itu semakin menghampiri matahari, ia juga turut melintasi orbit bumi dan meninggalkan debu-debu komet sepanjang perjalanannya
Debu-debu inilah yang akan memasuki atmosfera bumi dan menghasilkan pancuran meteor yang dapat dilihat dengan mata kasar
Turut dimaklumkan waktu terbaik menyaksikan hujan meteor itu ialah selepas bulan terbenam bermula 11 malam

Tips untuk menyaksikan fenomena ini dengan lebih jelas
  • Jauhi daripada bandar
  • Jauhkan diri dari Pencemaran cahaya yang tinggi di bandar
  • Pandang ke arah timur laut dan pandang separuh ke atas langit