//Natassya Nazri ♥
Tiga Persoalan Bila Putus Cinta
Tuesday, 5 June 2012 | 23:46 | 0 blue(s)
Bila berkata tentang cinta semuanya terpana , bila berkata tentang pengorbanan dalam bercinta semuanya sanggup , tapi bila berkata tentang putus cinta , adakah dendam akan terus menusuk dalam diri ???


Okay ini adalah status Facebook penulis hari ini , nampak macam klise tapi ianya berbentuk kenyataan . Penulis pun tak tahu macam mana nak ulas perkara macam ni , kalau nak diikutkan sudah banyak cerita yang penulis tulis tentang cinta ini namun berbeza pula dengan kejadian putus cinta . Ada soalan yang ingin ditanya untuk pembaca sekalian . 


Adakah anda mengharapkan semula bekas kekasih anda kembali kepada anda ? 


Adakah anda membenci bekas kekasih atas kesalahan yang pernah mereka lakukan ? 


atau 


Adakah anda masih berkawan dengan bekas kekasih anda seperti biasa ?


Bagi penulis , mungkin ada pembaca yang menjawab soalan pertama dengan jawapan YA dan sebaliknya ialah TIDAK . Ini adalah sifat manusia , tidak semua manusia akan memberikan jawapan yang sama . Ada juga jawapan yang paling bangang di sini ialah TIDAK TAHU . Apa itu TIDAK TAHU ? Betulkah anda tidak tahu dengan perasaan anda sendiri ? Nampak seperti berbohong di situ . Walaupun susah nak kita katakan YA ataupun TIDAK namun salah satu jawapan mesti tersemat juga di dalam hati , cuma ego sahaja yang menghalang bagi jawapan itu keluar daripada otak !


Okay kita bermula semula dengan soalan yang pertama , 

Adakah anda mengharapkan semula bekas kekasih anda kembali kepada anda ?  


Ramai yang tidak suka untuk menjawab soalan ini terutamanya perempuan kerana segan . Mungkin lelaki pun ada keseganannya tersendiri . 


Satu soalan nak ditujukan buat semua pembaca , adakah anda masih menyayangi bekas kekasih anda ? Apa yang membuatkan anda terpaut dengan cintanya lagi ? Adakah kerana cantik/hensem/wangi ataupun persis model ? Ataupun kerana bekas kekasih anda seorang yang baik cuma dulu anda sahaja tidak seperti mempedulikannya ? Macam-macam persoalan yang mungkin terbit jika kita hanya menyoal perkara yang demikian tanpa menjawabnya . Mungkin apa yang pernah dilakukan terhadap bekas kekasih penulis membuatkannya terharu dengan sikap penulis sebelum ini sehingga tiada istilah pun antara kami dengan putus sahabat . 

Baiklah malas nak berbicara tentang kisah penulis , nanti pembaca katakan pula yang penulis ni syok sendiri . Baik kita tutup soalan yang pertama tadi dengan penuh persoalan . Kita mungkin dapat jawapannya di soalan yang kedua . Siapa tahu ?

Adakah anda membenci bekas kekasih atas kesalahan yang pernah mereka lakukan ?



Baiklah ini pula ialah soalan yang kedua , ianya berbeza dengan soalan yang pertama . Satu ialah sayang dan satu lagi ialah benci . Kenapa benci ? Sebab kamu diduakan ? Sebab kamu dipermainkan ? Atau mungkin sebab kamu dicabuli ? Ok , ini hak masing-masing untuk menentukan mana yang perlu . Sebab manusia diberikan pilihan mereka dengan sendiri .

Benci itu bermakna sayang ! 

Ok ramai yang katakan tentang perkara ini , benarkah ataupun cuma khayalan sahaja . Macam mana nak sayang kalau dah rasa benci ! Ini bukan drama melayu yang nak kata dulu benci tapi sekarang sayang . Ini adalah dunia realiti . Penulis ada akui dalam 2 peratus sahaja yang berkaitan dengan kenyataan di atas . Jika kita sayang orang itu dan benci pula orang itu tentunya menjadi satu perkara yang berlainan apabila jika kita benci orang itu da mahu sayang orang itu pula . Itu semuanya semacam pembohongan . Mungkin hanya lakonan sahaja . 

Kalau dulu sayang dan selepas itu bertukar kepada benci , itu ada hakikatnya . 

Adakah anda masih berkawan dengan bekas kekasih anda seperti biasa ?



Ini soalan yang ketiga , kalau sudah benci apa kes nak berkawan lagi , pergi mati aje lah ! Kalau dah masih sayang dan perlukan dia sebagai pendamping eloklah jadikannya sebagai kawan baik . Jangan ada musuh antara orang yang kita kenal . Kadang-kadang kita tidak perasan apa yang bermain dalam fikirang orang lain , hanya kita tahu cuma memuaskan hati kita sendiri sahaja . 

Bermacam-macam andaian yang boleh bermain dalam fikiran kita dengan kehadiran semula bekas kekasih . Ada juga yang mencemuh bekas kekasih ini , ada juga yang menerima kehadiran semula bekas kekasih dengan baik . Namun apa yang berlaku jangan lah kita menghancurkan perhubungan yang telah kita bina sejak dulu lagi . Dan satu lagi pesanan pembaca janganlah terlalu bersungguh-sungguh dalam percintaan . Takut menjadi seperti soalan yang kedua sebentar tadi lah . 

Baiklah next entry kita akan sambung dengan soal jodoh yang berkahir dengan part 2 sebelum ini . ramai yang inginkan cerita seperti itu . Dan maafkan penulis jika penulis tidak terlalu kerap untuk update blog ini . Masa tidak mengizinkan . Tutup cerita .