//Natassya Nazri ♥
I Love You - VS - I Hate You
Tuesday, 5 June 2012 | 23:49 | 0 blue(s)

Tak cukup hanya meluahkan I LOVE YOU untuk menyayangi seseorang . Itu semuanya hanya kiasan sahaja . Wanita sering nak lelaki ucap perkataan itu sedangkan perkataan itu sangat malu untuk disebut para pria . Kenapa nak kena malu ? Bukankah itu semacam satu kewajipan bagi pasangan yang dah couple ? Kalau tiada ucapan itu macam tak lengkap sahaja .




I LOVE YOU - Saya cinta awak .




Bagi aku penulis semuanya terpulang kepada setiap orang lah . Kalau lelaki tu suka untuk menyebut ayat tu , baguslah . Ia menunjukkan yang korang cinta padanya . Takut dari mulut je yang bersungguh . Last-last curang jugak !



Bagi wanita pula janganlah terlalu mengharapkan ayat yang klise itu . Mereka nak lelaki sentiasa mengucapkan perkataan itu . Ada juga wanita yang tidak berkenan dengan perkataan itu . Cuba tanya mana-mana ustazah , ada tak mereka menyebut ayat tu selalu bila jumpa dengan pakwe mereka . NO !



Jawapan yang paling mudah untuk penulis katakan . Ianya memang tiada . Perkataan sayang-abang juga tiada . Mereka hanya berkata demikian bila mereka sudah berumah tangga . Itu lebih manis . Romantik mungkin hilang selepas berkahwin jika sayang-abang asyik diluahkan para couple sekalian . Kadang-kadang jelik juga baca mesej yang hampir berbaur lucah . Semacam halal je untuk pasangan couple ni bertindak sedimikian rupa .

Penulis bukanlah ustaz nak bagi syarahan di sini tapi sebagai seorang yang peka dalam memerhatikan keadaan sekeliling , penulis rasakan ianya patut untuk penulis katakan . Baru couple nak OVER ! Merapu je ! kahwin nanti nak mesra-mesra barulah syok . Penulis nonton bila pasangan yang dah kahwin ni terutamanya ustaz - ustazah mereka sangat mesra , siap berpegang tangan lagi beriringan . Then bila penulis nonton pasangan bukan perpakaian ustaz-ustazah , ada satu gap antara pasangan itu . Si suami jauh meninggalkan si isteri di belakang . tak hirau langsung dengan isteri . Memang lah beliau sayangkan isteri beliau tetapi nampaknya tidak semanis seperti pasangan ustaz-ustazah sebentar tadi .


So , ada juga rasionalnya janganlah terlalu OVER untuk bertindak apa-apa dalam perhubungan semasa couple . Kalau ada jodoh nanti go ahead lah , nak pegang , usap , ramas semua boleh .




I HATE YOU - saya benci awak .





Ini satu ayat yang memang sangat tak digemari penulis juga pembaca . Dalam dunia ini kita tidak lari daripada haters . Haters ni semuanya ada perasaan hasad dengki . Penyakit yang sangat berbahaya untuk pesakit jantung . Okay itu karut !

Kita tak boleh lari daripada haters sebab haters ni penting dalam hidup kita . Penting yang macam mana tu ? Penting macam orang yang sayang kita juga ke ? Hurmm bagi penulis YA !




Penulis malas nak ber-hater-hater ni . Ianya cruel . Tak berperikemanusian . Woah , sampai begitu sekali psiko penulis . Yelah cuba korang lihat haters ni banyak nak menjatuhkan kita . Tapi ini semuanya hanya cabaran . Cabaran yang berjaya dieksploitasi jika kita seorang yang berfikiran positif .

Kaitan yang ingin penulis katakan dalam 2 ayat di atas itu ialah tindakan seseorang manusia itu . Jika diri disayangi tentu rasa bahagia dan kita juga akan bahagia jika berfikiran positif jika berfikir tentang haters ini . Haters ni semuanya berjaya meningkatkan moral kita untuk berubah menjadi lebih baik . Biarlah apa yang mereka nak katakan , kita perlu bersifat tenang sahaja . Lama kelamaan Insya Allah , haters itu semua tentu tersentuh hati dengan kita juga .




Pernah tak korang lihat drama yang mengisahkan seorang perempuan dan seorang lelaki yang
sangat bencikan satu sama lain akhirnya bertemu jodoh ? Itu bukan hanya dalam drama sahaja namun ianya berlaku juga di alam realiti . Masakan boleh buat drama sedemikian jika tiada rujukan dalam kehidupan seharian ini . Masyarakata berbeza-beza semuanya , cuma satu yang sama . Semuanya ada perasaan yang tersendiri .